Tuesday 5 January 2016

APA ITU BEKAM 

Di Era teknologi semakin cangih dan pembangunan semakin pesat membangun serta perubatan moden yang memakai ubat ubatan sintetik semakin dipercayai manusia sejagat

Manusia semakin lupa akan kaedah perubatan ISLAM kedoktoran warisan Nabi S.A.W yang sangat lengkap

Di Malaysia perubtan ISLAM yang paling digemari semua golongan yang sihat mahupun sakit diantara sebahagian kedoktoran warisan Nabi S.A.W dikenali sebagai 

BEKAM ( HIJAMAH )


BEKAM sangat sesuai dengan tujuan perubatan ISLAM itu sendiri iaitu BEKAM dapat mencegah dan merawat pelbagai penyakit dengan izin ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW...

"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara,iaitu minuman madu,sayatan alat bekam dan Kay(pembakaran) dengan api,dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay" (Hadis sahih)

"Hendaklah kamu semua melakukan perubatan bekam dibahagian tengkuk,kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)


BEKAM terbhagi kepada 2

A) BEKAM KERING ( HIJAMAH JAFFAH )
   - Menyedut darah dan mengumpulkannya di bawah kulit lalu membiarkannya

B ) BEKAM BASAH ( HIJAMAH ROTHBAH @ HIJAMAH DAMAMIYAH )
   - Menyedut darah dan mengumpulkannya di bawah kulit lalu kemudian mengeluarkannya


Tujuan BEKAM KERING dilakukan  adalah untuk membuang angin dalam darah dan melegakan kesakitan dalam kadar segera


Tujuan BEKAM BASAH pula adalah untuk mengeluarkan angin dalam darah dan mengeluarkan sel darah yang rosak ( darah kotor ) yang mengandungi toksin ( racun ), lebihan banyak urik asid, urea dari badan melalui permukaan kulit